Singapura Kaji Fakta Baharu Mengenai Pemilikan Pulau Batu Puteh

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2017 12:47 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Singapura dilaporkan berkata ia akan mengkaji dokumen yang dikemukakan Malaysia sebagai sebahagian daripada asas permohonannya kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) supaya membuat semakan semula terhadap penghakiman mengenai pemilikan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca).

Channel NewsAsia melaporkan lewat Sabtu bahawa Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata beliau telah melihat dokumen berkenaan dan sebuah pasukan undang-undang akan meneliti dokumen itu serta memberi repsons sewajarnya.

Shanmugam juga berkata Malaysia perlu memenuhi beberapa syarat seperti yang ditetapkan mahkamah.

"Antaranya ialah terdapat fakta baharu dan fakta baharu yang ditemukan itu akan menghasilkan perbezaan penting, manakala skop perundangan secara khusus pula perlu dijelaskan.

"Jika dilihat dari perspektif itu, saya tertanya-tanya apakah fakta baharu yang terkandung dalam dokumen berkenaan dan bagaimana akan membawa sebarang perbezaan terhadap kes itu atau mewujudkan sebarang perbezaan," kata beliau seperti yang dilaporkan.

Fakta baharu yang mendorong Malaysia memohon agar semakan dibuat terhadap keputusan ICJ mengenai Pulau Batu Puteh itu merujuk kepada tiga dokumen yang ditemukan di National Archives of the United Kingdom.

Dalam siaran akhbar melalui laman sesawangnya pada Jumaat, ICJ berkata dokumen itu ialah surat-menyurat dalaman pihak berkuasa tanah jajahan Singapura pada 1958, laporan mengenai satu kejadian yang difailkan pada 1958 oleh seorang pegawai tentera laut Britain dan satu peta bernota mengenai operasi tentera laut mulai 1960-an.

Dokumen itu ditemukan di arkib berkenaan antara 4 Ogos 2016 dan 30 Januari 2017, katanya.

Malaysia memfailkan permohonan tersebut pada Khamis. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Pulau Batu Puteh , Singapura

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan