Wanita 'Hilang' Telinga Akibat Dipotong Suami

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2017 9:23 AM

(Ubah saiz teks)

MAZAR-I-SHARIF: Seorang lelaki telah bertindak memotong kedua-dua telinga isterinya ketika pasangan itu terbabit dalam pertengkaran baru-baru ini.

Wanita berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Zarina itu diserang pada Selasa di wilayah Balkh, utara Afghanistan, kata pengarah sebuah hospital di sini, Noor Mohammad Faiz.

"Saya tidak mahu hidup bersamanya lagi, saya mahu dia ceraikan saya. Penjarakan dia," kata Zarina kepada AFP ketika menemuinya di hospital berkenaan.

Menurut Noor, Zarina yang dikahwini lelaki itu ketika berusia 13 tahun dikejarkan ke hospital dalam keadaan berlumuran darah dan kritikal.

"Kami akan cuba merawatnya, jika gagal dia perlu dibawa ke luar negara," katanya.

Jurucakap gabenor Balkh, Sher Jan Durrani berkata, suspek telah melarikan diri.

"Sebaik kejadian itu berlaku, suami mangsa telah melarikan diri dan pihak polis sedang mengesannya," katanya.


Tags / Kata Kunci: Zarina , Balkh

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan