Pakar Bedah Tertua Berusia 89 Tahun

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2017 11:05 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG pakar bedah masih melakukan beratus-ratus pembedahan dalam tempoh setahun walaupun usianya sudah mencecah 89 tahun.

Alla Illyinichna Levushkina bertugas di sebuah hospital di Rusia, di mana wanita itu melaksanakan pembedahan pada setiap hari.

Alla memulakan tugas seawal 8 pagi pada setiap hari selama 67 tahun sebagai pakar bedah dan telah melaksanakan lebih 10,000 pembedahan.

Lebih membanggakan, tiada kematian dicatatkan sepanjang kariernya sebagai pakar bedah.

Pada usia tersebut juga, Alla masih belum berkahwin dan kini tinggal bersama sepupunya yang lumpuh di sebuah pangsapuri.


"Saya hanya mahu terus bekerja. Saya tidak perancangan jika bersara.

"Doktor bukan sahaja kerjaya tetapi merupakan hidup saya," katanya.

Kebiasaannya, penduduk Rusia akan bersara apabila mencecah usia 50 tahun tetapi bagi Alla, beliau kini memegang rekod sebagai pakar bedah paling tua di dunia yang masih aktif bertugas.

"Saya masih bekerja kerana minat dan membantu orang lain.

"Ada pesakit yang diselamatkan saya beberapa tahun dahulu selepas tiada pakar bedah mahu melakukan pembedahan ke atas mereka.

"Jadi saya sanggup lakukannya untuk memastikan mereka terus hidup," katanya.

Tags / Kata Kunci: Alla Illyinichna Levushkina

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan