Duterte Kerah Tentera Sertai Kempen Antidadah

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2017 9:22 PM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, pada Khamis mengumumkan bahawa pihak tentera akan memainkan peranan lebih besar untuk menjayakan dasar antinarkotik dan berjanji akan membunuh lebih ramai pengedar dan penagih dadah di Filipina.

"Saya akan membabitkan Angkatan Tentera Filipina (AFP) dan menjadikan isu dadah sebagai ancaman keselamatan negara," kata Duterte, sambil berjanji akan membunuh lebih ramai penagih dadah.

Beliau berkata demikian berikutan laporan Amnesty International yang mendakwa pembunuhan dalam perang terhadap dadah itu yang meragut lebih 6,500 nyawa dalam tempoh tujuh bulan mungkin jenayah terhadap kemanusiaan.

Perkembangan itu adalah isyarat jelas rancangan Duterte dalam memerangi dadah selepas beliau mengakui polis yang memainkan peranan utama sekarang "terlalu korup" dan tidak lagi dibenarkan mengambil bahagian.

Tindakan Duterte itu susulan siri skandal sejak beberapa bulan lalu termasuk kes yang mana pegawai polis ditahan kerana membunuh, menculik dan merompak menggunakan alasan memerangi dadah.

Dalam satu kes, siasatan mendapati pegawai antidadah menculik dan membunuh seorang usahawan dari Korea Selatan di ibu pejabat polis sebagai sebahagian kegiatan peras ugut.

"Polis berkelakuan seperti penjenayah sedangkan mereka sepatutnya menguatkuasakan undang-undang," menurut Amnesty dan memberi amaran Mahkamah Jenayah Antarabangsa mungkin menjalankan siasatan. - AFP

Tags / Kata Kunci: Rodrigo Duterte

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan