Wanita Pertama Hidap 'Penyakit Pokok'

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2017 6:46 PM

(Ubah saiz teks)

DHAKA: Seorang kanak-kanak perempuan di Bangladesh dipercayai menjadi wanita pertama di dunia yang menghidap penyakit dikenali sebagai 'sindrom manusia pokok'.

Portal The Telegraph melaporkan, kanak-kanak itu, Sahana Khatun ditumbuhi kutil yang kelihatan seperti kulit pokok di bahagian muka dan telinganya.

Keadaan Sahana itu membuatkan bapanya, Mohammad Shahjahan berasa bimbang apabila kutil tersebut semakin membesar.

Dia membawa anaknya itu ke Dhaka untuk mendapatkan rawatan lanjut dan pakar di sana mendapati kanak-kanak tersebut menghidap penyakit ganjil yang hanya dihidapi empat orang sahaja di seluruh dunia, kesemuannya lelaki.

"Kami percaya Sahana merupakan wanita pertama di dunia yang menghidap penyakit itu," kata Pengarah Hospital Kolej Perubatah Dhaka yang mengetuai unit pembedahan plastik.

Sementara itu, bapa Shana, Mohammad Shahjahan berkata, keluarganya sangat miskin dan anaknya itu kehilangan ibu semasa usia enam tahun.

"Saya berharap doktor boleh membuang kutil itu daripada muka anak perempuan saya," katanya.

Awal bulan ini, seorang lelaki Bangldaesh yang menjadi terkenal kerana penyakit 'pokok' yang dialaminya, selamat menjalani pembedahan membuang kutil yang tumbu pada bahagian kaki dan tangannya.

Tags / Kata Kunci: Sahana Khatun

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan