Penyerang Masjid Quebec Didakwa Rancang Pembunuhan

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2017 10:38 AM

(Ubah saiz teks)

OTTAWA: Seorang pelajar universiti menjadi suspek tunggal insiden tembakan di sebuah masjid di bandar raya Quebec dan didakwa kerana melakukan pembunuhan terancang terhadap enam jemaah.

Dokumen mahkamah mengenal pasti lelaki bersenjata dalam serangan pada Ahad lalu itu sebagai Alexandre Bissonnette.

Pemuda berketurunan Kanada-Perancis itu berdepan enam tuduhan membunuh dan lima dakwaan cubaan membunuh dengan menggunakan senjata terlarang.

Bissonnette, 27, muncul di mahkamah dengan kawalan ketat.

Pihak pendakwa raya berkata, semua bahan bukti masih belum disiapkan.

Bissonnette yang juga pelajar di Universiti Laval akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada 21 Februari ini.

Tiada pertuduhan dibacakan, manakala Bissonnette juga tidak membuat sebarang pengakuan.

“Pendakwaan dibuat berdasarkan bukti yang diperoleh,” kata jurucakap pejabat pendakwa raya, Thomas Jacques ketika ditanya mengapa Bissonnette tidak didakwa kerama melakukan keganasan.

Antara enam lelaki yang terbunuh dalam insiden itu termasuk seorang ahli farmasi, seorang profesor universiti dan seorang akauntan, demikian menurut polis Kanada.

Polis enggan menjelaskan motif serangan itu yang berlaku di Pusat Kebudayaan Islam Quebec atau dikenali sebagai Masjid Besar Quebec.

“Pihak berkuasa menganggap kes ini terpencil,” kata sumber tempatan.

Di Washington, pakar-pakar keselamatan Amerika Syarikat bagaimanapun menyifatkan serangan oleh lelaki bersenjata itu bermotifkan kebencian terhadap orang Islam.

Terdahulu, Perdana Menteri, Justin Trudeau melabel tragedi di Quebec itu sebagai serangan pengganas.

Kanada mempunyai seramai satu juta penduduk beragama Islam. – Reuters



Tags / Kata Kunci: Quebec , Bissonnette

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan