Rakam Pecutan Kereta Dinaiki Sebelum Maut Kemalangan

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2017 2:48 PM

(Ubah saiz teks)

SATU rakaman video menunjukkan sebuah kereta dipandu pada kelajuan kira-kira 200 batu sejam sebelum kereta yang dinaiki dua lelaki itu terbabit kemalangan dan kedua-duanya terbunuh serta-merta.

Kejadian itu berlaku di Liujiang, wilayah Anhui di China pada 28 Januari lalu.

Dalam rakaman itu, keadaan sekeliling kelihatan amat berkabus.

Rakaman ini diambil oleh penumpang kereta jenis Audi A8 semasa pemandunya memecut pada kelajuan kira-kira 200 batu sejam.

Suara lelaki dapat didengar membacakan meter kelajuan manakala si pemandu terus memecut.

Pada satu ketika, kereta ini telah memotong lori dan kereta di kiri dan kanan secara berbahaya.

Penumpang dan pemandu kereta berkenaan dilaporkan telah terbunuh dalam kemalangan itu. Mereka dikatakan tercampak keluar dari kenderaan.

Gambar selepas itu insiden menunjukkan bahagian hadapan kenderaan remuk sepenuhnya. Bumbungnya dan badan kereta remuk teruk.




Dalam rakaman itu, jarak penglihatan di lebuh raya itu jelas sekali rendah, namun kereta tersebut tetap memotong kenderaan dalam jumlah yang banyak.

Menurut Autohome.com.cn, harga purata sebuah Audi A8 adalah melebihi 2.1 juta yuan (£250,000).

Selepas gambar-gambar kemalangan itu tersiar di media-media sosial di China, orang ramai menegaskan bahawa kereta itu tidak mempunyai nombor plat, bermakna lelaki itu telah memandu sebuah kenderaan yang tidak sah di lebuh raya.

-sumber dailymail.uk

Tags / Kata Kunci: Audi A8 , Liujiang , rakam pecutan

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan