Laici Punca Wabak Misteri Di India

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2017 10:19 AM

Keadaan kanak-kanak yang menghidap wabak misteri ketika mendapat rawatan di hospital di Muzaffarpur pada 2013.

(Ubah saiz teks)

LAICI yang dimakan ketika perut kosong dikenal pasti sebagai punca kematian kanak-kanak akibat wabak penyakit misteri yang melanda bandar Muzaffarpur sejak lebih 20 tahun lalu.

Penemuan itu hasil penyelidikan tiga tahun yang dimulakan Dr Rajesh Yadav yang bertugas di Perkhidmatan Risikan Epidemik India.

Dr Yadav bekerjasama dengan Pusat Kawalan Penyakit India sebelum pejabat pusat berkenaan di Altanta menerbitkan journal perubatan baru-baru ini mengenai penemuan itu.

Sejak awal 1995, kematian kanak-kanak di bandar itu dikaitkan dengan kepanasan melampau, alahan yang dibawa tikus, kelawar dan lalat pasir, malah ada yang meletakkan ia berpunca daripada racun serangga yang digunakan untuk penanaman laici.

Pada 2015, hasil siasatan yang dijalankan, ibu bapa telah diminta supaya memastikan anak-anak mereka makan pada waktu petang dan cuba hadkan pemakanan laici.

Susulan itu, untuk dua musim didpati jumlah kes kanak-kanak sakit telah menurun kepada kurang 50 berbanding 100 kes sebelum ini.

"Ia penyakit yang tidak diketahui puncanya untuk temph yang lama hingga usaha dilakukan untuk mengenal pasti sumber yang menyebabkan ramai kanak-kanak meninggal dunia selepas koma untuk tempoh tertentu," kata epidemologis kanan, Padmini Srikantiah.

Sesuatu yang membimbangkan apabila kanak-kanak yang terkena penyakit itu akan menyebabkan otak mereka membengkak, bagaimanapun tiada di antara mereka yang demam, selain kadar sugar dalam darah yang rendah.

Segalanya bermula pada 2013 ketika berlangsung persidangan kesihatan di Atlanta apabila dimaklumkan berlakunya wabak di barat India yang menyebabkan penghidap di kalangan kanak-kanak akan muntah dan otak mereka membengkak.

Siasatan mendapati ia berpunca daripada buah ackee yang boleh menyebabkan paras gula dalam badan menurun.

Seterusnya pada 2014, ujian makmal mengesahkan laici adalah buah yang boleh bertindak sedemikian sekali gus mengaitkan dengan situasi di Muzaffarpur selaku pengeluar utama laici di India iaitu sebanyak 70 peratus.


Tags / Kata Kunci: laici , Muzaffarpur

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan