Polis Thai Rampas 87kg 'Ice' Di Rumah Sewa Rakyat Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2017 9:44 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Pihak berkuasa Thai menumpaskan satu lagi sindiket penyeludupan dadah berikutan rampasan 87kg 'ice' dari rumah sewa seorang lelaki berasal dari Pulau Pinang di Hatyai pada 26 Januari.

Timbalan Ketua Polis Thailand Jen Chalermkiat Sriworakhan berkata rumah itu terletak di Chayanant Village Phase Two, Tambon Kuanlong di Hatyai.

"Dadah itu dijumpai disembunyikan di bawah sofa di dalam rumah itu. Lelaki dari Pulau Pinang itu melarikan diri sejurus sebelum pihak berkuasa mengadakan serbuan di rumah berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Narcotics Suppression Bureau (NSB), di sini Rabu.

"Ice adalah satu bentuk methamphetamine yang paling tulen dan kuat, dan dihasilkan dalam bentuk serbuk atau kristal.

Selain 'ice', Chalermkiat berkata polis turut menjumpai 24.10gm marijuana di rumah sewa itu, di samping sebuah kereta Toyota Camry yang didaftarkan di Malaysia dengan nombor plat Pulau Pinang.

Beliau berkata pihak berkuasa percaya lelaki terbabit menggunakan rumah itu sebagai tempat persinggahan, sebelum menghantar dadah itu ke destinasi lain yang tidak dinyatakannya.

Sementara itu, seorang pegawai polis Thai memberitahu Bernama pihak berkuasa turut menjumpai pasport lelaki itu di rumah sewa berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Ice

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan