Trump Pecat Pemangku Peguam Negara

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2017 1:11 PM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Presiden Donald Trump, memecat pemangku Peguam Negara selepas beliau mengarahkan peguam Jabatan Kehakiman supaya tidak mempertahankan perintah eksekutif kontroversinya berkaitan pelarian.

Yates bertugas sejak pentadbiran bekas Presiden Barack Obama.

"Pemangku Peguam Negara, Sally Yates, mengkhianati Jabatan Kehakiman dengan keengganan menguatkuasa arahan perundangan bertujuan melindungi rakyat Amerika Syarikat.

"Presiden Donald Trump memecat Yates dan menamakan Peguam bagi Virginia, Dana Boente, untuk berkhidmat sebagai Pemangku Peguam Negara sehingga pelantikan Senator Jeff Sessions, disahkan Senat," kata kenyataan Rumah Putih. - AFP

Tags / Kata Kunci: Sally Yates , Trump

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan