Hos Miss Universe Lega Tidak Lagi Silap Umum Pemenang

Diterbitkan: Isnin, 30 Januari 2017 8:49 PM

Steve Harvey (kiri) sewaktu Ratu Cantik Perancis, Iris Mittenaere menjawab soalan sebelum dimahkotakan sebagai pemenang Miss Universe Ke-65. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

MANILA: Kemunculan Steve Harvey sebagai hos pertandingan Miss Universe ke-65 di Manila pada Isnin tidak mengecewakan apabila beliau mengumumkan nama pemenang dengan betul.

Bagaimanapun Harvey sempat berjenaka bagi mengimbas kembali kesilapan yang dilakukannya pada pertandingan Miss Universe ke-64 tahun lalu apabila tersilap mengumumkan Ratu Cantik Colombia, Ariadna Gutierrez sebagai pemenang dan kemudian memperbetulkan kesilapan itu dengan memberitahu bahawa Ratu Cantik Filipina, Pia Wurtzbach yang sebenarnya mendapat gelaran itu.

Mengacara pertandingan Miss Universe ke-65 pada Isnin, Harvey berkata, peluang kedua 'menaikkan keyakinannya' dan beliau memberi jaminan tidak akan melakukan kesilapan lagi.

Menurut Harvey, beliau terpaksa memberanikan diri sebelum membaca kad dan berhati-hati setiap kali mengumumkan nama yang tertera.

"Setiap kali saya baca kad, saya akan berkerut, sikit saja," katanya.

Harvey kemudiannya bergurau dengan pembantu produksi yang menyerahkan kad yang mempunyai senarai nama tiga teratas.

"Kali ini perlu betul. Anda tidak akan tinggalkan Filipina jika berlaku lagi!" kata Harvey berseloroh.

Sewaktu Harvey mahu mengumumkan nama bagi dua teratas, Harvey memanggil pemenang Miss Universe tahun lalu, Pia Wurtzbach.

Wutrzbach itu kemudian memeluknya dan memberikan cermin mata kepada Harvey sebagai 'persediaan'.

Aksi mencuit hati itu menggamatkan penonton.

"Terima kasih banyak Pia. Terima kasih Tuhan," ujar Harvey yang mendapat sorakan daripada para penonton.

Selepas Ratu Cantik Perancis, Iris Mittenaere diumumkan sebagai pemenang Miss Universe Ke-65, Harvey kemudiannya membuat ucapan penutup yang begitu meninggalkan kesan kepada semua penonton.

"Saya Steve Harvey, dan saya melakukannya dengan betul!" - Philippine Daily Inquirer/Asia News Network

Tags / Kata Kunci: Steve Harvey , Miss Universe

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan