Lima Terkorban Insiden Tembak Di Masjid Bandar Quebec

Diterbitkan: Isnin, 30 Januari 2017 11:24 AM

Pusat Kebudayaan Islam Bandar Quebec

(Ubah saiz teks)

BANDAR QUEBEC: Lima orang terbunuh selepas kumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah masjid di bandar Quebec ketika jemaah sedang menunaikan solat, kata presiden masjid kepada pemberita, Ahad.

Terdahulu, saksi memberitahu Reuters sekurang-kurangnya tiga lelaki bersenjata telah melepaskan tembakan ke atas kira-kira 40 orang yang berada di dalam Pusat Kebudayaan Islam Bandar Quebec.

Polis membuat kawalan keselamatan di sekitar masjid dan enggan mengulas mengenai kejadian itu kepada pemberita.

"Mengapa ia berlaku di sini? Ini adalah tidak bertamadun," kata Presiden masjid, Mohamed Yangui.

Jurucakap polis mengesahkan bahawa dua orang telah ditahan berhubung kejadian itu.

Pada Jun 2016, kepala babi ditinggalkan di depan pintu pusat kebudayaan tersebut.

Yangui, yang tidak berada di dalam masjid ketika tembakan berlaku berkata dia mendapat panggilan kecemasan daripada jemaah yang solat di situ.

Dia bagaimanapun tidak tahu jumlah yang cedera, sambil menyatakan mereka telah dibawa ke hospital berbeza di seluruh bandar Quebec.

Insiden Islamophobia meningkat di Quebec pada kebelakangan ini ketika berlakunya perdebatan politik ke atas pengharaman pemakaian purdah.

Pada tahun 2013, polis membuat siasatan selepas sebuah masjid di kawasan Saguenay di Quebec telah dicemari dengan darah, dipercayai darah babi.
Tags / Kata Kunci: insiden tembak , Bandar Quebec , Islamophobia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan