Lebih 40 Ditahan Cetus Kebakaran Hutan Chile

Diterbitkan: Isnin, 30 Januari 2017 12:45 PM

(Ubah saiz teks)

SANTIAGO: Pihak berkuasa Chile menahan 43 individu kerana disyaki menyebabkan kebakaran hutan hingga mengorbankan 11 orang dan memusnahkan kawasan yang luas.

Bagi tempoh dua minggu, kebakaran itu telah merebak sehingga tujuh wilayah di selatan dan pusat Chile mencecah lebih 400,000 hektar, kata Presiden Michelle Bachelet pada Ahad.

Majoriti suspek ditahan di O'Higgins, Maule dan Biobio. Mereka boleh berdepan dengan hukuman penalti penjara 20 tahun.

Daripada 130 lokasi kebakaran hutan yang aktif ketika ini, 50 telah dapat dikawal, manakala 66 lagi kawasan masih dalam proses untuk menangani api yang masih merebak.

Kerajaan Chila juga mengedarkan bantuan kepada mangsa di kawasan terlibat yang kebanyakannya petani di mana kediaman, ternakan dan tanah mereka musnah akibat bencana itu.

Lebih 11,000 orang sedang berusaha membantu memadamkan kebakaran termasuk pasukan tentera, polis, pihak berkuasa dan penduduk tempatan.

Daripada jumlah ini, lebih separuh adalah bantuan pihak negara luar yang dianggap operasi kecemasan paling besar dalam sejarah negara itu.- AFP

Tags / Kata Kunci: Chile , Michelle Bachelet

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan