Tiga Kampung Di Jawa Timur Dilanda Banjir Kilat

Diterbitkan: Isnin, 30 Januari 2017 2:20 PM

Jambatan di Kampung Sabrang, Paripurno runtuh akibat banjir kilat yang melanda pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

SEKURANG-KURANGNYA 96 rumah di tiga perkampungan di Situbondo, Jawa Timur dinaiki air akibat dilanda banjir pada petang Ahad.

Hujan lebat berterusan menyebabkan air Sungai Jumain melimpah ke kawasan berhampiran.

"Banjir melanda tiga kampung pada pukul 7 malam, Ahad," kata Koordinator Agensi Mitigasi Bencana Situbondo, Puriyono seperti dipetik agensi berita Antara pada Isnin.

Paras air banjir melimpah antara 0.5 hingga 0.8 meter di rumah terlibat sebelum ia surut menjelang tengah malam.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan kejadian banjir itu.

Tags / Kata Kunci: Jawa Timur , Situbondo

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan