Pekerja Kereta Api Bangladesh Maut Selepas Selamatkan Dua Beranak

Diterbitkan: Ahad, 29 Januari 2017 3:54 PM

(Ubah saiz teks)

DHAKA: Seorang pekerja perkhidmatan kereta api Bangladesh maut apabila digilis tren selepas cuba menyelamatkan pasangan ibu dan anak perempuannya yang berusia lima tahun.

Pekerja penyelenggaran kereta api, Badal Mia, 58 sedang bertugas pada Jumaat apabila terlihat seorang wanita dan budak perempuan sedang melintas landasan kereta api ketika sebuah tren sedang mendekati dengan kelajuan maksimum.

Pengurus Divisyen Kereta Api, Arifus Zaman berkata, Mia terus melompat ke landasan dan menolak kedua beranak itu.

"Mia sempat menyelamatkan ibu dan anak itu tetapi dia sendiri digilis tren ketika cuba melintasi landasan," katanya kepada AFP.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mengejutkan apabila kejadian ini berlaku ke atas rakan sekerja tetapi nyata Mia adalah contoh pekerja terbaik dan umpama hero kami," katanya.

Bapa kepada lapan cahaya mata itu hanya menunggu beberapa bulan lagi untuk bersara.

Bulan lalu, seorang pekerja kereta api berusia 50 tahun juga menggadai nyawa apabila menarik seorang lelaki dari landasan hanya beberapa saat sebelum tren melintasi kawasan itu. 

Kemalangan maut di landasan kereta api adalah kejadian biasa di negara selatan Asia di mana 40 peratus daripada kira-kira 2,500 landasan tidak diselenggara dengan baik.

Dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini, sekurang-kurangnya 152 orang terkorban dalam kemalangan kereta api.

Tags / Kata Kunci: Bangladesh , kereta api

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan