Robot DoorDash Buat Servis Penghantaran Makanan

Diterbitkan: Sabtu, 28 Januari 2017 9:21 AM

(Ubah saiz teks)

REDWOOD CITY: Jika terasa lapar dan secara kebetulan anda adalah pengguna perkhidmatan DoorDash di Redwood City, kemungkinan makanan seperti burritos atau burger akan dihantar oleh robot.

Baru-baru ini perkhidmatan penghantaran makanan itu mengumumkan bahawa dalam beberapa minggu akan datang, beberapa pelanggan akan dapat melihat robot muncul di depan pintu dengan pesanan mereka.

Robot binaan Starship Technologies yang berpangkalan di London itu adalah kecil, mempunyai enam roda dan akan bergerak di sepanjang kaki lima dalam kelajuan seperti pejalan kaki.

Robot dengan ketinggian paras lutut itu mempunyai ruang untuk menyimpan tiga beg makanan dan boleh membawa muatan penuh seberat kira-kira 50 pound.

DoorDash akan melancarkan robot-robot itu di Redwood City sebagai permulaan.

Ia akan digunakan untuk penghantaran makanan bagi jarak yang pendek.

Robot pandu sendiri itu dilengkapi dengan sembilan kamera untuk mengesan bahaya dan halangan.

Namun pada peringkat ujian ini, ia akan diiringi oleh pengendali manusia yang boleh mengawal jika perlu.

Tags / Kata Kunci: DoorDash , Robot

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan