Kebakaran Hutan Chile Ragut 10 Nyawa

Diterbitkan: Sabtu, 28 Januari 2017 11:11 AM

(Ubah saiz teks)

SANTIAGO: Sekurang-kurangnya 10 nyawa terkorban dalam kebakaran hutan di tengah Chile, sekali gus menjadi kejadian terburuk dalam sejarah negara itu.

Daripada jumlah itu, empat anggota bomba dan dua polis telah terbunuh.

"Tidak pernah dalam sejarah Chile kejadian seperti ini berlaku.

"Semua pihak akan bertindak sebaik mungkin untuk membantu mengawal kebakaran," demikian kata Presiden Michelle Bachelet awal minggu ini.

Seorang anggota bomba maut selepas terperangkap ketika cuba membantu sebuah keluarga untuk keluar dari rumah mereka berhampiran bandar Constitucion, kata seorang sumber dalam perkhidmatan bomba kepada AFP.

Beberapa kebakaran memusnahkan kawasan seluas 238,000 hektar dan semakin merebak, kata Perbadanan Perhutanan Negara dalam satu kenyataan.

Penduduk tempatan turut menyertai usaha mengawal api bagi menyelamatkan rumah, haiwan dan tanah ladang mereka.

Sebelum ini,  Bachelet telah mengarahkan dana tambahan untuk menangani kebakaran hutan paling teruk pernah berlaku di negara itu.

Sekurang-kurangnya 4,000 orang terpaksa dipindahkan, kata Pejabat Kecemasan Kebangsaan pada Selasa lalu.

Kebakaran merebak terutamanya di kawasan luar bandar yang kurang penduduk di wilayah pusat O’Higgins dan El Maule.

Amerika Syarikat menawarkan AS$100,000 (RM443,000) untuk me­madam kebakaran, manakala Perancis dan Mexico menghantar anggota bagi membantu. – AFP



Tags / Kata Kunci: Chile , Bachelet

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan