Pakar Astronomi Rusia Dakwa Bumi Dalam Bahaya

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2017 11:38 AM

(Ubah saiz teks)

TAHUN LALU, Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) mengesan sebuah objek yang berkemungkinan komet atau asteroid, menuju ke arah bumi.

Agensi itu berkata, objek misteri itu akan melepasi bumi pada jarak kira-kira 51 juta kilometer pada 25 Februari depan.

Namun seorang pakar teori konspirasi tampil dengan dakwaan yang lebih membimbangkan apabila meramalkan asteroid itu akan menghentam bumi pada 16 Februari serta mencetuskan tsunami besar.

Objek asing itu dinamakan sebagai 2016 WF9 dan telah mengembara selama 4.9 tahun (mengikut kiraan tahun di bumi).

Menurut dakwaan pakar astronomi dari Rusia, Dr Dyomin Damir Zakhrovich, objek itu dalam perjalanan menghala ke arah bumi.

"Objek tersebut meninggalkan sistem Nibiru pada Oktober apabila sistem berkenaan mula berpusing mengikut arah lawan jam.

"Sejak itu, NASA sedar bahawa objek itu akan menghentam bumi tetapi mereka enggan memberitahu perkara sebenar.

"Jika ia menghempas bumi, banyak bandar akan munsah dan tsunami tercetus. Kita dalam bahaya," katanya.

Berdasarkan kiraan NASA, objek misteri itu berukuran antara 500 meter hingga satu kilometer dan pakar teori percaya tarikan graviti bumi mempengaruhi pergerakan objek berkenaan.

Bagaimanapun berdasarkan siasatan Mail Online, nama Dyomin Damir Zakharovich hanya muncul dalam Internet sejak beberapa bulan lalu dan mempunyai beberapa artikel berkaitan planet Nibiru.


Tags / Kata Kunci: NASA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan