Kes Rogol Di India Semakin Membimbangkan

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2017 1:05 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Polis Delhi baru-baru ini berjaya menahan seorang lelaki yang didakwa melakukan serangan seksual ke atas kanak-kanak dan menurut beberapa laporan bilangan kanak-kanak menjadi mangsa lelaki itu bukannya sedikit.

Kes itu sekali lagi menunjukkan betapa serius masalah berkaitan rogol di India dan dalam masa yang sama, pendakwaan kes-kes jenayah seksual amat rendah..

Meskipun kejadian rogol yang dahsyat terus-menerus mendapat liputan media, namun terdapat sejumlah besar kes yang sama tidak dilaporkan atau tidak menarik kemarahan masyarakat.

Kanak-kanak perempuan daripada keluarga miskin, kanak-kanak jalanan dan yang tinggal di rumah perlindungan mudah menjadi mangsa penganiayaan.

Lelaki disyaki perogol yang ditangkap oleh polis Delhi itu adalah seorang tukang jahit, Sunil Rastogi, 38 tahun yang berasal dari utara India, Uttar Pradesh.

Menurut laporan, modus operandi lelaki ini ialah mengumpan kanak-kanak perempuan di luar kawasan sekolah atau mereka dari kawasan miskin. Kanak-kanak ini kemudiannya akan diperkosa di atas bumbung, dalam bangunan terbengkalai atau di rumah yang sedang dalam pembinaan.

Kes itu mendapat liputan meluas media tetapi tidak berapa menarik kemarahan dalam talian atau mencetuskan bantahan jalanan untuk melayakkannya menjadi "isu negara".

Keadaan ini mungkin menjadikan kes ini hanya satu lagi siasatan rutin polis dan antara banyak kes untuk pihak pendakwaan. Hakikatnya, banyak kes jenayah sama ada mengambil masa terlalu lama untuk dibawa ke mahkamah atau terbiar begitu sahaja.

Sebelum ini satu kes rogol di Delhi bukan sahaja menimbulkan kemarahan di seluruh negara tetapi menarik perhatian antarabangsa.

Kes yang berlaku pada Disember 2012 melibatkan sekumpulan lelaki yang secara kejam menyerang seorang pelajar perempuan berusia 23 tahun dalam sebuah bas yang sedang bergerak.

Wanita itu akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan teruk akibat serangan itu.

Kejadian yang kejam itu mencetuskan kemarahan orang ramai sehinggakan protes besar-besaran serta berpanjangan meletus di Delhi, ibu negara India.

Statistik jenayah India menunjukkan bahawa Delhi adalah antara tempat yang paling tidak selamat untuk wanita, dengan sejumlah 2,199 kes rogol dicatatkan pada 2015.

Pelbagai soalan tidak menyenangkan sering dilontar mengenai keganasan terhadap wanita, ketidakcekapan sistem pendakwaan dan keadilan, diskriminasi jantina dan kelemahan kawalan di bandar yang besar itu.

Ada juga yang menyalahkan sifat cauvinisme lelaki serta keganasan yang dipaparkan dalam filem Bollywood sebagai penyumbang kepada jenayah terhadap wanita. 

Sebuah dokumentari British mengenai kes rogol ganas yang berlaku pada 2012 bertajuk "Indias Daughter" antaranya menyertakan sama perbualan yang memberi gambaran menakutkan minda sebenar pelaku serangan itu.

Dalam kes penangkapan tukang jahit itu, beberapa butiran mengejutkan dilaporkan. Menurut isterinya, Rastogi, bapa kepada lima orang anak, pernah dipenjarakan sebanyak beberapa kali sebelum itu.

Polis Delhi juga menjelaskan bahawa Rastogi pernah ditangkap atas kesalahan yang sama. Lelaki itu masih terus menyerang kanak-kanak bawah umur selama 14 tahun sebelum ditangkap baru-baru ini.

Dia yang berpegang kepada kepercayaan karut gemar memakai jaket berwarna merah ketika menaiki keretapi ke Delhi untuk ke tempat kerja, beberapa tahun lalu.

Keadaan sosio-ekonomi India yang rumit menimbulkan kerumitan untuk mengumpul profil perogol berpotensi atau pedofil.

Ahli psikologi jenayah, Rajat Mitra menulis dalam ruangan akhbar bahawa sepanjang kariernya, beliau mendapati "begitu ramai" pedofil terdiri daripada ketua agama serta pentadbir rumah anak yatim.

Daripada terus berbalah, apa yang paling penting dalam menangani serangan seksual di India ialah dengan menggerakkan penguatkuasaan undang-undang.

Sementara itu, Hindustan Times dalam ruangan lidah pengarang menyebut pada 2015 terdapat 94,000 jenayah yang dilakukan terhadap kanak-kanak, kebanyakannya melibatkan pedofil.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan