Dynamic Duo Makin Stabil Selepas 21 Jam Pembedahan

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2017 10:18 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Dynamic Duo, itulah jolokan yang diberikan kepada pasangan kembar siam yang telah melalui pembedahan selama 21 jam dengan jayanya baru-baru ini.

Berusia 11 bulan, kembar perempuan Ballenie dan Bellanie Camacho yang bercantum di punggung itu dapat dipisahkan pasukan 50 pakar perubatan dalam pembedahan di Hospital Kanak-Kanak Maria Fareri, Valhalla, New York yang mengambil masa dua hari, berakhir 18 Januari lalu.

Pasangan kembar berkenaan dilahirkan Republik Dominica telah diperkenalkan kepada umum selepas pembedahan itu dan kelihatan ceria dengan masing-masing dibawa dengan kereta sorong biru dan merah jambu.

Ballenie Camacho dengan beratnya kira-kira 9.5 kilogram (kg) tiba dengan kereta sorong merah jambu, manakala Bellenie dengan tema biru pula nampak lebih sihat dengan beratnya yang mencecah 14 kg.

Ibu bapa pasangan itu, Laurilin dan Abel Camacho berkata, mereka yakin dengan keupayaan pakar bedar hospital itu walaupun gementar sepanjang tempoh pembedahan itu berlangsung.

"Kami harap, anak-anak perempuan kami akan dapat meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak normal lain, dapat bermain dan ke sekolah," katanya.

Pakar bedah Dr Samir Pandya berkata, pembedahan itu amat lama dan sukar namun ia memberi peluang kehidupan lebih baik kepada kembar terbabit.

Menurut doktor, kesihatan pasangan kembar itu stabil dan mereka akan berada di hospital berkenaan beberapa minggu lagi.


Tags / Kata Kunci: Dynamic Duo , Valhalla

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan