Dua Pelajar Nyaris Maut Akibat Terlebih Dos Kafein

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2017 11:41 AM

(Ubah saiz teks)

DUA pelajar universiti terpaksa dikejarkan ke unit rawatan rapi dan menjalani prosedur dialisis selepas dikatakan meminum 300 cawan kopi ketika melakukan uji kaji berkaitan sains sukan.

Alex Rosseto dan Luke Parkin secara sukarela mahu terlibat dalam uji kaji berkenaan di Tyne, England.

Mereka sepatutnya diberi 0.3 gram kafein tetapi sukatan yang salah telah diberikan apabila kedua-dua pelajar itu diberi 30 gram bahan itu, iaitu 100 kali ganda lebih daripada jumlah yang sepatutnya.

Berdasarkan kajian, setiap cawan kopi mengandungi purata 0.1 gram kafein.



Perkara itu didedahkan dalam prosiding mahkamah yang berlangsung di Newcastle.

Pendakwa Raya, Adam Farrer memberitahu mahkamah bahawa doktor telah mengesahkan kedua-dua pelajar itu di ambang maut kerana kesilapan yang berlaku ketika uji kaji di fakulti sains kesihatan Universiti Northumbria.

"Jika mereka tidak segera di bawa ke hospital dan menjalani rawatan rapi, kedua-duanya mungkin meninggal dunia akibat terlebih dose kafein," katanya.

Kini, kedua-dua pelajar itu telah pulih dan dapat meneruskan pengajian selepas mengalami kesan sampingan akibat insiden itu untuk tempoh beberapa bulan.

Pihak universiti juga mengakui melanggar peraturan keselamatan dan kesihatan ketika melaksanakan uji kaji berkenaan.

Mahkamah juga dimaklumkan, universiti itu sebelum ini menggunakan pil kafein untuk ujikaji tetapi bertukar kepada serbuk kafein beberapa tahun lalu.

Mahkamah memutuskan, pihak universiti dikenakan denda £400,000 (RM2.2 juta), selain kos prosiding £26,468 (RM145,000) 

Tags / Kata Kunci: kafein , Northumbria

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan