'Bunuh Semua Bayi Lelaki'

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2017 11:59 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG wanita mencetuskan kontroversi apabila menyiarkan rakaman video menerusi laman YouTube dengan menyampaikan mesej berbaur ancaman untuk meminta penonton supaya 'membunuh semua bayi lelaki."

Wanita tersebut dikenali sebagai Jenny McDermott mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi saluran miliknya dan mengundang kritikan dari seluruh dunia.

Dengan menggunakan tajuk video, 'Bunuh Semua Lelaki', wanita berusia 33 tahun itu meminta pengikutnya agar membunuh mana-mana lelaki jika terserempak dengan golongan tersebut.

Walaupun Jenny menganggap kenyataannya itu sebagai bahan lawak, tetapi ramai beranggapan tindakannya sebagai keterlaluan.

Dalam klip video itu, Jenny berkata:

"Saya sudah muak menjadi "kilang bayi' untuk melahirkan lebih ramai lelaki.

"Jadi penyelesaiannya adalah dengan membunuh semua bayi lelaki dan golongan lelaki yang ditemui di jalanan.

"Kita mahu spesies manusia terus kekal tetapi hanya golongan wanita sahaja dibenarkan. Jadi itu yang perlu kita lakukan," katanya.

Video itu telah ditonton lebih 200,000 kali sejak disiarkan pertengahan tahun lalu tetapi kembali menjadi tular sejak awal bulan ini dan mencetuskan perdebatan yang hangat dalam kalangan netizen.

Tags / Kata Kunci: Jenny McDermott

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan