Remaja 'Bernafas' Semula Selepas 10 Tahun

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2017 2:13 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Seorang remaja lelaki di India akhirnya boleh bernafas secara normal buat kali pertama selepas 10 tahun menderita penyakit tumor bersaiz bola ragbi di bahagian hidungnya.

Remaja yang tidak dinamakan itu merupakan satu daripada enam kes yang dicatatkan di dunia ini akibat menghidap tumor di bahagian hidung.

Tumor tersebut membuatkan remaja berusia 17 tahun itu sukar untuk bernafas, makan dan bercakap untuk tempoh lebih sedekad, sekali gus memaksa dia mendapatkan bantuan di India.

Pakar bedah Hospital Loknayank Jaiprakash Narayan di New Delhi mengambil masa tiga jam untuk membuang tumor seberat 750 gram itu yang terbentuk pada saluran darah.

Seorang daripada pakar tersebut, Dr J. C. Passey berkata, ini merupakan kali pertama pihaknya berjumpa dengan tumor yang besar dan tumbuh di bahagian hidung selain kebiasaannya bersaiz bola tenis.

"Misi pembedahan itu amat berisiko kerana saluran darah terjejas akibat tumbesaran tumor itu,' katanya.

Tags / Kata Kunci: Tumor Hidung

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan