Pentadbiran Trump Teliti Semula Bantuan RM978 Juta Kepada Palestin

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2017 5:22 PM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) meneliti semula keputusan minit-minit akhir bekas Presiden Barack Obama dan bekas Setiausaha Negara John Kerry menyalurkan bantuan bernilai AS$221 juta (RM978 juta) kepada Palestin.

Penelitian itu dibuat semula selepas ahli Kongres Parti Republikan (GOP) mengemukakan bantahan terhadap usaha Obama yang dilakukan beberapa jam sebelum beliau melepaskan jawatan secara rasmi pada 20 Januari lalu.

Jabatan Negara akan menilai semula jumlah pembayaran dan mungkin melakukan perubahan mengikut kesesuaian pentadbiran baharu di bawah pimpinan Presiden Donald Trump.

Kerry secara rasmi memaklumkan Kongres bahawa kerajaan akan menyalurkan bantuan itu pada awal pagi Jumaat lalu, beberapa jam sebelum Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden.

Dana itu bertujuan pelaksanaan misi kemanusiaan selain membangunkan semula wilayah Palestin yang terjejas akibat peperangan dan sekatan yang dikenakan Israel.

Trump tidak popular dalam kalangan penduduk Palestin memandangkan dasar beliau yang lebih memihak kepada Israel.

Malah baru-baru ini, Trump mengundang kemarahan Palestin apabila menyuarakan hasrat untuk memindahkan Kedutaan AS di Tel Avi ke Baitulmaqdis yang merupakan antara lokasi suci bagi umat Islam.

Tags / Kata Kunci: Donald Trump , Palestin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan