Trump Henti Dana NGO Terlibat Pengguguran Bayi

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2017 11:36 AM

Trump menandatangani arahan menghentikan penyaluran dana kepada NGO seluruh dunia yang terlibat dalam pengguguran bayi.

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Amerika Syarikat (AS)yang terlibat dalam kegiatan pengguguran bayi sebagai khidmat merancang keluarga tidak akan menerima sebarang dana daripada kerajaan negara itu.

Perkara itu diputuskan Presidan baharu AS, Donald Trump bagi mempertahankan nilai murni dan sifat menghormati rakyat negara itu yang juga pembayar cukai.

Ia diumumkan Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sean Spicer kepada pemberita pada taklimat media sulungnya pada Isnin.

Ketika pentadbiran Ronald Reagan, Dasar Mexico City dilaksanakan dimana NGO antarabangsa terlibat dengan pengguguran bayi diberi dana kerajaan untuk menjalankan kegiatan kemasyarakatan. Ia mula diperkenalkan pada 1985.

Bagaimanapun ia dibatalkan Barack Obama pada 2009.

Pada era Obama menyaksikan, perundangan AS mengharamkan dana secara langsung untuk khidmat pengguguran bayi tetapi NGO terlibat masih dibenarkan menerima dana untuk program lain termasuk penjagaan selepas pengguguran.

Bagaimanapun, Trump memutuskan untuk mengetepikan NGO yang terlibat secara langsung dengan khidmat pengguguran daripada senarai penerima dana agensi AS untuk pembangunan antarabangsa.

Tags / Kata Kunci: Trump , gugur , Obama

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan