Jokowi Tak Mahu Insiden Kebakaran Hutan 2015 Berulang

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2017 10:59 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan semua pihak berwajib sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga untuk mengatasi sebarang isu berkaitan kebakaran hutan di negara itu tahun ini.

“Kebakaran pada 2015 tentu masih dalam ingatan kita semua. Ketika itu, kita memang dalam keadaan kucar-kacir. Apabila kebakaran sudah melibatkan kawasan luas, tiada lagi usaha untuk menanganinya

"Jadi kali ini, ada atau tidak kebakaran peralatan dan aset perlu disediakan.

“Jangan apabila kebakaran berlaku, barulah mahu menyewa pesawat. Ini sudah terlambat,” katanya.

Jokowi berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat bersama beberapa agensi berkaitan kebakaran hutan dan belukar di Istana Negara, Selasa.

Sehubungan itu, Jokowi mahu semua pihak bertindak cepat mencegah, menangani dan memadam kebakaran hutan dan belukar pada tahun ini.

Jokowi berkata, semua peralatan termasuk pesawat pemadam kebakaran harus sentiasa bersedia sekiranya ada kebakaran dikesan.

Beliau juga meminta gabenor di setiap wilayah tidak teragak-agak mengisytiharkan darurat di kawasan mereka sekiranya ada kebakaran dikesan.

“Petugas di lapangan sering berdepan dengan masalah prosedur tetapi apabila darurat diisytiharkan semua proses boleh dilakukan dengan cepat.

“Jangan tunggu api menjadi lebih besar kerana apabila kebakaran sudah merebak ia menjadi lebih sukar,” jelasnya.

Kebakaran hutan dan belukar berlaku hampir setiap tahun di Indonesia ketika musim kemarau yang dijangka bermula pada awal bulan depan.- Jakarta Post

Tags / Kata Kunci: Jokowi , Istana Negara

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan