Samsung Akui Bateri Punca Kepincangan

Diterbitkan: Isnin, 23 Januari 2017 2:41 PM

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Syarikat pengeluar telefon pintar terkemuka dunia, Samsung pada Isnin menyalahkan kepincangan bateri sebagai punca kerosakan Samsung Galaxy Note 7 yang menyaksikan produk itu ditarik semula pada tahun lalu.

Menurut kenyataan syarikat yang beribu pejabat di Korea Selatan itu, hasil siasatan dalam yang dilaksanakan secara bebas mendapati bateri sebagai punca insiden model telefon pintar tersebut meletup atau terbakar.

Samsung terpapksa menghentikan pengeluaran Samsung Galacy Note 7 selepas arahan penarikan semula telefon pintar terbabit dibuat walaupun produk berkenaan digantikan dengan bateri baharu.

Masalah itu menyebabkan syarikat berkenaan kerugian berbilion dolar dan merosakkan reputasi sebagai pesaing utama produk syarikat Apple di Amerika syarikat (AS).

"Samsung memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pelanggan.

"Samsung juga bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan ini dan telah melaksanakan beberapa perkara bagi memastikan kejadian sama tidak berulang," kata ketua jabatan perniagaan Samsung, Koh Dong-jin.

Samsung mengerahkan kira-kira 700 jurutera dan pakar dalam siasatan tersebut selain menguji lebih 200,000 produk serta lebih 30,000 bateri susulan insiden tersebut. - REUTERS

Tags / Kata Kunci: Samsung , Galaxy Note 7

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan