Nota Bela Penduduk Islam AS Curi Perhatian Dunia

Diterbitkan: Isnin, 23 Januari 2017 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Umat Islam yang menetap di Amerika Syarikat (AS) masih boleh menarik nafas lega walaupun kehidupan seharian mereka dibayangi ancaman diskrimasi ekoran sentimen anti-Islam yang semakin menebal sejak beberapa tahun lepas.

Malah di bawah pentadbiran Presiden baharu, Donald Trump, kebimbangan golongan minoriti itu semakin meningkat susulan dasar ant-Islam yang mahu dilaksanakan oleh wakil Parti Republikan tersebut yang dilaungkan sejak beliau berkempen menjadi pemimpin nombor satu negara berkenaan.

Namun bagi seorang lelaki Islam di Cincinnati di Ohio, harapan untuk menikmati kehidupan yang lebih aman dan selamat di AS kembali bersinar apabila menerima sekeping nota daripada individu yang tidak dikenali.

Menurut laporan portal The Independent, nota itu yang ditinggalkan di depan rumah lelaki berkenaan, menyebut tentang sokongan si penulis kepada masyarakat Islam di AS walaupun memiliki perbezaan agama.

"Hari ini merupakan permulaan baharu kepada negara kita.

“Tidak kira apa pun yang berlaku, anda perlu tahu bahawa masih ramai orang akan memperjuangkan hak anda untuk mengamalkan ajaran agama anda (Islam) serta meneruskan hidup tanpa didiskriminasi.

“Anda sentiasa dialu-alukan di kawasan ini dan jika anda perlukan sesuatu, ketuk sahaja pintu rumah kami," demikian nota tersebut berbunyi.

Anak saudara lelaki itu, Hend Army yang menyatakan dirinya dalam Twitter sebagai pelarian dan kini merupakan penduduk tetap AS, memuat naik gambar nota berkenaan yang dikirimkan kepada pakciknya.

"Ini adalah negara AS yang mengambil kami sebagai pelarian politik, negara yang memberi kami rumah baharu dan negara yang membuatkan harapan kami kembali pulih," kata wanita berkenaan.

Lebih 150,000 pengguna Twitter berkongsikan gambar itu sebagai tanda sokongan kepada sikap penulis yang mengalu-alukan jirannya yang beragama Islam.

Trump sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mahu melaksanakan dasar melarang umat Islam memasuki AS dan menuduh masyarakat tersebut sebagai punca keganasan yang berlaku di seluruh dunia.



Tags / Kata Kunci: Donal Trump , Islam

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan