Akibat Didera Ibu Tiri, Tiga Budak Makan Di Tandas, Kencing Di Katil

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2017 12:02 PM

Caroline Sharp. -fotoSWNS

(Ubah saiz teks)

SEORANG ibu tiri telah mendera dan mengabaikan tiga anak perempuannya dengan kejam dalam tempoh 16 tahun.

Caroline Sharp, 65, melayan tiga kanak-kanak itu begitu teruk, menyebabkan mereka terpaksa mencuri makanan pada waktu malam dan minum dari dalam tandas.

Mereka juga diabaikan dari segi penjagaan asas kesihatan apabila salah seorang daripada mereka tidak mandi selama enam minggu dan seorang lagi perlu menggunakan kertas surat khabar ketika tempoh haid.

"Apabila dia sangat lapar dia akan 'mencuri' makanan dari almari tetapi jika tindakannya ini diketahui Sharp akan memukulnya," pendakwa Gordon Stables memberitahu Mahkamah Grimsby Crown lapor metro.uk

Sharp adalah ibu kandung kepada salah seorang daripada mereka, tetapi telah menjaga dua yang lain apabila ibu mereka meninggal dunia pada 1973.

Penderaan berlaku dari Jun 1975 hingga Jun 1991 tetapi jenayah itu hanya didedahkan apabila salah seorang daripada anak tirinya membuat laporan polis pada 2015.

Anak kandung Sharp berkata dia juga telah didera dan turut melihat ibunya mendera dua adik-beradik tirinya, termasuklah dipaksa melakukan kerja rumah selama berjam-jam.

Sharp, dari Brigg, North Lincolnshire, dijatuhi hukuman penjara dua tahun selepas mengakui tiga kesalahan melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak.

Apabila ditangkap dia memberitahu polis: "Saya tahu saya bukan seorang yang baik. Jika saya boleh memutar kembali jam, saya akan menyayangi mereka. Maafkan saya. Saya tidak berbangga dengannya."

Salah seorang anak tirinya menambah: "Ketakutan saya kepada Caroline Sharp dan kemungkinan dia mengganas menyebabkan saya mengelak setiap langkah untuk bertemu dengannya.

"Jika saya berada di tingkat atas dan perlu ke tandas, saya akan kencing di atas katil adik lelaki saya (dia sering basahkan katil jadi saya harap tiada siapa akan tahu) dan bukannya turun ke bawah.

"Ini menyebabkan saya rasa bersalah dan berasa seperti haiwan tetapi lebih baik untuk tidak mengambil risiko serangan seterusnya.

"Kami bertiga sama-sama terperangkap.

"Kami telah melalui perjalanan paling sukar dan emosi ini tidak akan hilang sepanjang hayat kami dan zaman kanak-kanak kami telah terjejas.

"Penjara adalah tempat yang terlalu baik untuk dia."

Ketiga-tiga mereka menangis di galeri awam ketika Sharp dibawa ke penjara.
Tags / Kata Kunci: kes dera , ibu tiri , anak tiri

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan