23 Maut, Lebih 100 Cedera Kereta Api Tergelincir Di India

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2017 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 23 maut dan 100 yang lain cedera selepas sebuah kereta api ekspres tergelincir di tenggara India, Sabtu malam.

Lapan gerabak dan ruang enjin kereta api ekspres Jagdalpur-Bhubaneswar tergelincir kira-kira jam 11 malam waktu tempatan, berhampiran stesen kereta api Kuneru di daerah Vizianagram di Andhra Pradesh.

"Angka kematian meningkat ke 23 dan ramai lagi cedera. Mangsa yang cedera dipindahkan ke dua hospital berhampiran," kata jurucakap East Coast Railways, J P Mishra kepada AFP.

Pegawai syarikat kereta api dan kerajaan tempatan menjalankan kerja menyelamat dan tren bantuan dihantar untuk memindahkan penumpang.

Beliau berkata, punca nahas belum diketahui. Kereta api itu yang menuju ke Bhubaneswar, ibu negeri Odisha dari bandar raya Jagdalpur, tergelincir hampir 160 kilometer dari Visakhapatnam, bandar raya paling dekat dengan lokasi nahas.

Dua bulan lalu, 146 maut apabila kereta api penumpang tergelincir di Kanpur, utara India dan pada Disember lalu pula, dua terbunuh dan berpuluh lagi cedera apabila kereta api tergelincir, juga berhampiran Kanpur, di negeri Uttar Pradesh.

Kereta api masih menjadi pengangkutan utama untuk perjalanan jauh di negara itu, tetapi dana tidak mencukupi dan kemalangan maut kerap berlaku.

Laporan kerajaan pada 2012 menyatakan, hampir 15,000 terbunuh setiap tahun dalam kemalangan kereta api dan menyifatkan ia sebagai 'pembunuhan beramai-ramai' tahunan. 

Tags / Kata Kunci: Andhra Pradesh , J P Mishra

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan