Selepas 37 Tahun, Gurun Sahara Diliputi Salji Lagi - Berita Dunia | mStar

Selepas 37 Tahun, Gurun Sahara Diliputi Salji Lagi

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2017 12:30 PM

(Ubah saiz teks)

ALGIERS: Gurun Sahara dilanda salji yang dikatakan paling lebat pernah berlaku berikutan ribut musim sejuk sejak beberapa hari lalu.

Gambar yang dirakam menunjukkan bandar Ain Sefra di padang pasir itu dilitupi salji mencecah ketebalan sekurang-kurangnya satu meter.

Kawasan padang pasir paling panas di dunia itu menyaksikan sedikit salji hujung bulan lalu, kali pertama dalam masa 37 tahun.

Bagaimanapun, pada Jumaat, salji lebih lebat melanda dan beberapa kawasan di bandar yang dikenali sebagai ‘pintu masuk ke Sahara’ itu dilapor dilitupi salji sehingga paras pinggang.

Keadaan itu mencetuskan huru-hara di bandar itu dengan penumpang terkandas di dalam bas apabila jalan raya menjadi licin dan berais.

Menurut jurugambar Sekkouri Kamel, 38: “Salji bermula kira-kira jam 1.30 pagi ini dan ia kini sedalam satu meter di beberapa tempat. Penduduk terkejut dengan keadaan itu.”

Kali terakhir salji melanda Ain Sefra ialah pada 18 Februari 1979, tetapi ia berlaku hanya beberapa minit.

Ain Sefra yang terletak tidak jauh dari sempadan Maghribi berada kira-kira 1,000 meter dari paras laut dan dikelilingi Gunung Atlas.

Gurun Sahara meliputi hampir keseluruhan utara Afrika dan ia mengalami perubahan suhu dan kelembapan sepanjang ribuan tahun lalu.

Saintis berkata, walaupun kawasan itu kering sepanjang masa, ia dijangka bertukar menjadi hijau semula pada kira-kira 15,000 tahun akan datang.

Salji melanda Sahara kelmarin beberapa hari selepas 2016 diisytiharkan sebagai tahun paling panas dalam sejarah.

Tags / Kata Kunci: Sahara
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan