Polis Thailand Tangkap 'Raja Dadah Asean'

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2017 7:08 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Polis Thailand menangkap seorang lelaki Laos, yang digelar 'Raja Dadah ASEAN', kerana mendalangi satu rangkaian pengedaran dadah di seluruh rantau ASEAN, termasuk Malaysia, dalam satu operasi di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Suspek berusia 42 tahun itu dikepung polis dan ditangkap dengan disaksikan beratus-ratus pengembara sebaik sahaja dia tiba di lapangan terbang itu pada Khamis dari Phuket pada kira-kira 5 petang (waktu tempatan).

Setiausaha Agung Pejabat Lembaga Kawalan Dadah Sirinya Sithichai berkata rangkaian pengedaran dadah itu dipercayai menyeludup dadah ke banyak negara, termasuk Malaysia dan Singapura.

"Singapura sudah menghubungi pihak berkuasa Thailand untuk mendapatkan maklumat tentang rangkaian diketuai suspek," katanya.

Siasatan pihak berkuasa Thailand terhadap sindiket dadah diketuai lelaki Laos itu mendapati ia merupakan sumber utama bagi pengedaran bahan narkotik di seluruh rantau ini (ASEAN).

Bernama difahamkan bahawa polis Thailand mencatat 'kejayaan besar' dalam mengesan suspek berkenaan berikutan rampasan lima juta pil methamphetamine tahun lepas.

Timbalan Ketua Polis Kebangsaan Thailand Jen Chalermkiat Srivorakarn berkata penangkapan rakyat Laos itu dibuat setelah siasatan penuh mencabar dilakukan selama lima bulan terhadap rangkaian yang diketuainya.

Menurut beliau, tiga rakyat Thailand, yang merupakan rakan raja dadah itu, ditangkap dalam operasi susulan dan polis merampas pelbagai aset serta wang daripada mereka.

Kata beliau, pihak berkuasa merampas 14 bidang tanah, 14 kereta mewah, barangan aksesori daripada emas dan wang dalam matawang Thai Baht serta US Dollar berjumlah 100 juta Baht (RM12.8 juta).

Sementara itu, Pesuruhjaya Biro Pencegahan dan Kawalan Narkotik Thailand Sommai Kongwisaisuk berkata rangkaian dadah yang diterajui warga Laos itu setaraf dengan rangkaian diketuai dua raja dadah lain.

Katanya, siasatan awal menunjukkan lelaki itu memiliki pelbagai perniagaan, termasuk dalam bidang perhotelan, kilang papan dan perniagaan kereta mewah di Laos.

"Para pegawai akan berusaha secara habis-habisan untuk mengesan aset milik rangkaian itu yang mempunyai kaitan dengan dadah.

"Kami akan selaraskan semua usaha untuk merampas aset berkenaan. Kami perlu sekat sumber pembiayaan mereka," katanya.

Beliau berkata pihak berkuasa Thailand mendapat kerjasama daripada rakan sejawatan mereka dari Laos dalam operasi itu dan beliau percaya penangkapan  raja dadah itu merupakan kejayaan penting dalam usaha mengekang masalah dadah di Laos dan Thailand. 

Tags / Kata Kunci: Raja Dadah Asean , Polis Thailand

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan