Lebih 100 Penunjuk Perasaan Ditahan, Bantah Trump Presiden AS

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2017 10:19 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Demonstrasi aman di bandaraya ini bagi membantah majlis angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat ke-45, Donald Trump berakhir dengan penahanan lebih 100 penunjuk perasaan atas kesalahan vandalisme.

Kumpulan mencecah hampir 500 orang itu bertindak membaling objek ke arah unit pencegah rusuhan yang melepaskan gas pemedih mata hingga meletus pertempuran antara kedua pihak.

Protes anti-Trump bermula sejak Sabtu lalu apabila beberapa ribu penunjuk perasaan melaungkan, 'Tiada keadilan, tiada keamanan', dalam perarakan di sepanjang National Mall ke Tugu Peringatan Luther King Jr.

Bagaimanapun, majlis yang dihadiri hampir sejuta orang itu berjalan lancar dan Trump serta ahli keluarganya telah memasuki Rumah Putih.

Kempen Trump terhadap kumpulan minoriti menjelang pilihan raya presiden November lalu selain menyifatkan jutawan hartanah itu sebagai bersifat perkauman serta rasis telah mencetus kontroversi dan menimbulkan kemarahan sesetengah rakyat AS.

Difahamkan, protes dianjurkan beberapa kumpulan termasuk DisruptJ20 yang mendakwa akan menghantar penunjuk perasaan untuk mengganggu pelantikan Trump dengan menyekat akses awam ke majlis berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Donald Trump , Rumah Putih

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan