Chile Diisytihar Darurat Akibat Kebakaran Serius

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2017 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

SANTIAGO: Chile mengisytiharkan darurat susulan kebakaran hutan yang meliputi kawasan hampir 50,000 hektar dan kini semakin menghampiri bandar, kilang dan ladang anggur.

Pasukan bomba, kakitangan perkhidmatan perhutanan dan anggota tentera bergelut memadamkan 18 kebakaran berbeza di tengah dan selatan negara.

Situasi semakin getir apabila api disemarakkan dengan angin kuat dan gelombang kepanasan.

Kebakaran paling besar memusnahkan kawasan seluas 24,000 hektar di sekitar Pumanque, iaitu kawasan pedalaman kira-kira 140 kilometer ke selatan ibu negara, Santiago, berhampiran beberapa ladang anggur Chile.

"Saya sudah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri mengisytiharkan zon bencana dan darurat di kawasan terjejas teruk," kata Presiden Michelle Bachelet di Twitter.

Sementara itu, imej televisyen menunjukkan helikopter dan pesawat cuba memadamkan api yang tidak dapat dikawal itu, tetapi tidak berhasil.

Ketua Perkhidmatan Perhutanan Chile (Conaf), Aaron Cavieres berkata, kebakaran berpunca daripada tindakan manusia, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia disengajakan atau sebaliknya. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Chile , Michelle Bachelet

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan