Lelaki Malaysia Pandu Lebih 2,500Km Ke Thailand, Tuntut Wang Bekas Isteri

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2017 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Seorang rakyat Malaysia memandu sejauh lebih 2,500 kilometer dari sempadan Malaysia ke Si Chomphu, Khon Kaen di timur laut Thailand untuk mencari bekas isterinya, seorang warga Thai, yang didakwa menipunya sebanyak tiga juta Baht (kira-kira RM380,000).

Pegawai Penyiasat balai polis Si Chomphu, Mejar Worapol Srichiengsa berkata lelaki berusia 50 tahun itu membuat laporan polis di Si Chomphu berhubung perkara tersebut.

"Dia mendakwa bekas isterinya telah menipunya menerusi pelaburan dalam perniagaan ladang tebu di kampung halaman wanita itu di sini (Si Chomphu)," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Jumaat.

Menurut polis, lelaki itu mendakwa bertemu bekas isterinya yang berusia 32 tahun di Hatyai kira-kira 11 tahun lalu sebelum memutuskan untuk berkahwin di Malaysia dan membantunya menguruskan perniagaan resort. 

Kata Worapol pada 2012, wanita itu mengusulkan mereka membuka ladang tebu di kampungnya yang diikuti dengan lelaki berkenaan memasukkan sejumlah wang secara berperingkat ke dalam akaun bapa mentuanya selama beberapa tahun sehingga akhir tahun lepas.

Pasangan itu kemudian bercerai dan wanita berkenaan kembali ke Thailand.

"Lelaki ini datang membuat laporan kepada kami untuk menuntut semula wangnya kerana dia mendakwa tidak menerima sebarang hasil daripada pelaburan ladang tebu itu," kata Worapol.

Polis kemudian menasihati lelaki itu membuat aduan di Pusat Dumrongtham, iaitu pusat aduan kerajaan, kerana kes melibatkan pertelingkahan keluarga.

Worapol berkata difahamkan pusat itu berjaya mengatur pertemuan antara lelaki tersebut dengan bekas mentuanya tanpa kehadiran bekas isteri namun gagal mencapai persetujuan. 

Katanya pertemuan kedua dijangka diadakan dalam beberapa hari lagi dan akan turut dihadiri beliau.

Mengenai bekas isteri lelaki itu, Worapol berkata wanita tersebut telah berkahwin lain dengan warga Thai.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Thailand , Baht , Si Chomphu

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan