Dua Mayat Mangsa Hotel Ditimbusi Runtuhan Salji Ditemui

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2017 9:42 AM

(Ubah saiz teks)

PASUKAN penyelamat berjaya mengeluarkan dua mayat daripada sebuah hotel yang ditimbusi runtuhan salji di timur pergunungan Grand Sasso, Itali.

Salji lebat dan gangguan yang disebabkan beberapa gegaran menjejaskan operasi mencari dan menyelamat di bawah runtuhan Hotel Rigopiano.

Pasukan penyelamat berkata mereka tidak mendengar apa-apa suara di bawah runtuhan manakala anjing pengesan gagal mengesan mangsa.

Dua mangsa yang berada di luar hotel semasa kejadian dilaporkan selamat.

Empat kejadian gempa bumi berukuran lima magnitud menggegar tengah Itali pada Rabu dengan gegaran berterusan sehingga ke malam.

Gegaran itu turut menyebabkan bekalan elektrik terputus di beberapa perkampungan.

Operasi menyelamat masih diteruskan di tengah Itali dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker berkata Kesatuan Eropah sedia menghulurkan bantuan.

Seramai 22 tetamu dan tujuh kakitangan berada di dalam hotel tersebut semasa kejadian berlaku.

Runtuhan salji berlaku sedikit demi sedikit antara pukul 4:30 petang  (3.30 petang waktu tmpatan) dan 5.40 petang Rabu.

Runtuhan itu menimbusi sebahagian besar bumbung hotel dan bangunan hotel dikatakan teralih 10 meter dari tapak asalnya.

Seorang tetamu yang berada di luar hotel pada waktu kejadian membuat panggilan kecemasan.

Giampiero Parete yang kehilangan isteri dan dua anaknya dalam runtuhan itu berkata dia pergi mencari sesuatu di dalam keretanya.

"Saya diselaputi salji tebal tetapi saya berjaya menyelamatkan diri. Kereta tidak ditenggelami salji dan saya menunggu pasukan penyelamat untuk tiba," katanya.

Senarai 23 nama dinyatakan dalam akhbar La Stampa mendedahkan kebanyakan mangsa merupakan warga Itali tetapi ada juga dari Switzerland dan Romania.

Tiga daripada mangsa merupakan kanak-kanak masing-masing berusia enam, tujuh dan sembilan tahun manakala terdapat juga seorang warga emas berusia 60 tahun.






Tags / Kata Kunci: Hotel Rigopiano , runtuhan salji

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan