30 Maut Akibat Runtuhan Salji Di Itali

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2017 4:21 PM

(Ubah saiz teks)

ROME: Sekurang-kurangnya 30 orang dilaporkan terbunuh apabila sebuah hotel ditimbusi runtuhan sajli yang berpunca akibat beberapa siri gegaran gempa bumi kuat.

Dua mangsa berjaya diselamatkan setakat ini dan tiga orang dilaporkan masih hilang.

Kejadian tersebut berlaku di Hotel Rigopiano dekat Pescara di wilayah Abruzzo dan jumlah pengunjung yang menginap hotel berkenaan tidak dapat dipastikan.

Pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk tiba di lokasi ekoran sajli tebal yang meliputi jalan menuju ke hotel tersebut.

Sementara itu, Datuk Bandar Pescara, Antonio Di Marco menyifatkan kejadian salji runtuh itu sebagai tragedi yang mengerikan dan keseluruhan hotel ditimbusi salji.

"Ramai mangsa dipercayai terlibat dalam kejadian itu tetapi jumlah kematian perlu disahkan.

"Setakat ini saya dimaklumkan seramai 20 tetamu berada dalam hotel berkenaan ketika kejadian," katanya.



Tags / Kata Kunci: Runtuhan Salji

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan