Juara Tinju Dunia Dikecam Kerana Bersolat

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2017 6:18 PM

Gambar yang dikongsi Joshua (kiri) dalam laman sosial Twitter.

(Ubah saiz teks)

HANYA kerana menyiarkan gambar dirinya sedang bersolat, juara tinju dunia, Anthony Joshua dikecam teruk dengan kritikan berbaur sentimen anti-Islam oleh peminatnya sendiri.

Juara kategori heavyweight itu, berkongsi gambarnya sedang solat dalam sebuah masjid di Dubai menerusi laman Twitter tetapi tindakannya itu ternyata tidak disenangi segelintir pihak yang secara terbuka mengkritiknya.

Joshua, 27, bukan merupakan seorang Islam dan sebelum ini dia mengakui tidak berpegang kepada mana-mana kepercayaan walaupun dilahirkan sebagai Kristian.

Dalam kapsyen gambar terbabit, Joshua menulis:

"Selain tuah, kerja keras dan bakat, solat merupakan asas yang kukuh.

"Gembira dapat menyertai saudara kandung saya mengimamkan solat Zuhur."


Peninju Britain itu dilihat memakai jubah putih dan dalam keadaan duduk bersama seorang lagi lelaki dalam sebuah masjid.

Bagaimanapun gambar berkenaan menjadi sasaran kumpulan anti-Islam yang kononnya mengaku peminat Joshua dan mereka menggesa peninju tersebut diusir keluar dari Britain.

Malah ada 'peminat' mengiystiharkan diri mereka tidak lagi menyokong peninju berkenaan gara-gara mendekati agama Islam.

Namun ada juga komen yang menyokong Joshua dengan membandingkan legenda tinju dunia, Muhammad Ali yang memeluk agama Islam.

"Ali juga seorang Islam dan menjadi sebutan sepanjang zaman.

"Adakah anda juga membencinya?" kata seorang pengguna Twitter bernama Naz Rashid.

Tags / Kata Kunci: Anthony Joshua

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan