Polis Turki Tahan Penyerang Kelab Malam

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2017 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

ISTANBUL: Lebih dua minggu diburu, akhirnya polis Turki menahan penyerang yang menembak mati 39 orang pada malam Tahun Baharu 2017 di sebuah kelab malam di sini.

Penahahan suspek itu dibuat selepas polis menjalankan operasi besar-besaran pada lewat malam Isnin di sebuah pangsapuri di daerah Esenyurt di sini.

Suspek ditemui bersama anak lelakinya yang berusia empat tahun. 

Stesen TRT melaporkan, pembunuhan didakwa dilakukan Daesh. 

Militan Daesh mengaku bertanggungjawab atas pertumpahan darah itu, kali pertama kumpulan itu melakukan serangan besar-besaran di Turki secara terbuka.

Militan itu sebelum ini dipersalahkan atas beberapa serangan termasuk pengeboman di lapangan terbang di sini.

Suspek ditangkap dalam operasi bersama polis dan agensi perisikan MIT, kata Turkish TV.

Agensi Dogan menerbitkan gambar seorang lelaki ditahan dengan wajah dan bajunya dipenuhi darah.

Ada kekeliruan berhubung identiti penyerang dengan laporan awal yang mendakwa dia adalah warga Kyrgyzstan dan kemudian Uighur China.

Namun laporan 8 Januari lalu menyebut, perkhidmatan perisikan dan polis antipengganas di sini mengesahkannya sebagai warga Uzbekistan berusia 34 tahun yang menjadi anggota sel Daesh Asia Tengah. - AFP

Tags / Kata Kunci: Turki , Esenyurt

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan