Angkasawan AS Terakhir Jejak Bulan Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2017 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Angkasawan Amerika Syarikat (AS) terakhir yang menjejakkan kaki di bulan, Gene Cernan meninggal dunia  pada usia 82 tahun.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, keluarga Cernan berkata, beliau meninggal dunia akibat sakit tua. 

Setakat ini tiada maklumat lanjut berhubung majlis pengebumiannya.

Cernan atau nama sebenarnya Eugene Andrew Cernan yang juga komander Misi Apollo 17 adalah seorang daripada tiga angkasawan yang pernah ke bulan sebanyak tiga kali dan menjadi orang terakhir meninggalkan jejaknya di permukaan bulan pada 1972.

Sebelum Misi Apollo 17, Cernan pernah dua kali mengembara ke angkasa lepas masing-masing pada 1966 dan 1969. Mendiang meninggalkan seorang isteri, Jan Nanna Cernan, tiga anak perempuan termasuk dua anak tiri dan sembilan cucu.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) cukup terkesan dengan pemergian angkasawan terbaiknya itu hanya beberapa minggu selepas kematian seorang lagi angkasawan, John Glenn. 


Tags / Kata Kunci: Gene Cernan , AS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan