Pesawat Kargo Terhempas Di Kawasan Kampung, 40 Maut

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 1:53 PM

Foto EPA

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

MOSCOW: Hampir 40 orang dilaporkan terbunuh, kebanyakannya penduduk kampung apabila sebuah pesawat kargo milik Turki terhempas di sebuah kampung di Kyrgyzstan, lapor media Rusia pada Isnin.

Menurut laporan yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Kyrgyzstan, kejadian itu berlaku ketika pesawat Boeing 747 yang dikendalikan ACT Airlines dalam perjalanan menuju dari Hong Kong ke Istanbul.

Tambah kementerian tersebut, pesawat itu terhempas ketika cuba melakukan pendaratan di Manas dekat ibu negara Kyrgyzstan dalam keadaan cuaca berkabus tebal kira-kira pukul 7.31 pagi waktu tempatan.

Kabus tebal dipercayai menjadi punca kemalangan tersebut.

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan Kyrgyzstan melaporkan, seramai lima orang menaiki pesawat tersebut dan kebanyakan mangsa yang terbunuh merupakan penduduk kampung.

Angka kematian dijangka meningkat dan sebanyak 14 buah ambulans dikerah ke lokasi kejadian.

Sementara itu, saksi kejadian berkata, pesawat tersebut merempuh dan memusnahkan kira-kira 15 buah kediaman ketika terhempas.

Berdasarkan gambar yang tersebar dalam laman sosial, kelihatan serpihan pesawat itu bertaburan di kawasan kampung berkenaan.

Selain itu kelihatan sebuah kereta milik penduduk juga mengalami kerosakan akibat insiden itu.

Turkish Airlines dalam kenyataannya mengucapkan takziah kepada mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu.


Tags / Kata Kunci: Turkish Airlines

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan