Pengguna iPhone Dibenar Saman Apple

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 12:45 PM

(Ubah saiz teks)

PEMILIK telefon pintar iPhone dibenarkan untuk menyaman syarikat pengeluar produk itu, Apple Inc berhubung dakwaan firma itu tidak membenarkan pengguna membeli aplikasi selain daripada yang dijual dalam aplikasi App Store.

Keputusan sebuah mahkamah rayuan di Amerika Syarikat (AS) pada 12 Januari lalu itu sekali gus mengenepikan keputusan mahkamah rendah sebelum ini yang berpihak kepada Apple.

Kes tersebut yang dikemukakan sejak 2012 melibatkan bantahan pengguna terhadap polisi Apple yang hanya membenarkan pengguna iPhone membeli aplikasi yang disediakan oleh syarikat itu.

Menurut sekumpulan pengguna iPhone yang menyaman Apple, amalan syarikat itu menyalahi undang-undang perniagaan kerana mengelak persaingan dan bersifat monopoli.

Selain itu, mereka mendakwa, polisi firma yang beribu pejabat di California tersebut menyebabkan harga aplikasi yang terdapat dalam App Store lebih mahal.

Namun Apple dalam alasannya berkata, pengguna tidak boleh meneruskan saman tersebut kerana pihak syarikat membeli aplikasi daripada syarikat lain.

Alasan itu diterima oleh mahkamah rendah tetapi berdasarkan keputusan Hakim William A. Fletcher dari Mahkamah Rayuan, pengguna iPhone mempunyai hak untuk menyaman Apple kerana mereka membeli aplikasi secara terus dari firma berkenaan.

Apple bagaimanapun enggan mengulas keputusan mahkamah itu.

Sekiranya menang, Apple perlu membenarkan pengguna membeli aplikasi di pasaran terbuka dengan harga yang lebih murah selain tidak perlu bergantung kepada App Store yang dikhaskan untuk pengguna produk firma itu.


Tags / Kata Kunci: Apple , iPhone

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan