Pemandu Pelancong Maut Dibaham Buaya - Berita Dunia | mStar

Pemandu Pelancong Maut Dibaham Buaya

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 5:08 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

CAPE TOWN: Seorang pemandu pelancong warga Afrika Selatan maut dibaham buaya di taman buaya dekat bandar Cape Town, menurut polis pada Isnin.

Pemandu pelancong itu bekerja di taman buaya berkenaan.

Polis dalam satu kenyataan berkata, satu inkues dibuka selepas mayat lelaki berusia 54 tahun itu ditemui di salah sebuah kolam di Taman Buaya Le Bonheur di Paarl pada hujung minggu lalu.

Le Bonheur yang merupakan tempat tarikan dengan menempatkan lebih 1,000 buaya, dibuka kepada para pengunjung. - Reuters


   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan