Abbas, Pope Francis Bertemu Bincang Isu Kedutaan AS

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2017 12:48 PM

Abbas (kanan) mengadakan pertemuan dengan Pope Francis di Vatican City pada 14 Januari 2017. - REUTERS

(Ubah saiz teks)

RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan pemimpin Vatican, Pope Francis pada Sabtu mengadakan pertemuan untuk membincangkan pelan pemindahan Kedutaan Amerika Syarikat ke Baitulmaqdis.

Bakal Presiden AS, Donald Trump berulang kali menyuarakan hasrat untuk merealisasikan perkaran tersebut walaupun tindakan tersebut mengundang konflik berterusan antara Palestin dan Israel.

Dalam lawatan Abbas ke Vatican, beliau turut singgah di Rome untuk merasmikan kedutaan baharu Palestin di wilayah tersebut yang disifatkan sebagai petanda kasih sayang Pope terhadap penduduk Palestin dan cintakan keamanan.

Mengulas tentang pelan Trump, Abbas berkata, pihaknya akan memantau perkembangan semasa sama ada Kedutaan AS di Tel Aviv, Israel akan dipindahkan ke Baitulmaqdis.

"Kita akan menunggu untuk melihat sekiranya perkara itu berlaku.

"Jika benar, tindakan AS itu tidak akan menyumbang kepada keamanan dan kita berharap pelan tersebut tidak direalisasikan," katanya.

Vatican mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka sejak beberapa tahun lalu sebelum secara rasmi menandatangani perjanjian pada 2015 yang mengisyitharkan Negara Palestin.

Bagaimanapun pihak Vatican masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pertemuan itu atau bantahan terhadap pelan AS memindahkan kedutaan ke Baitulmaqdis.

Tags / Kata Kunci: Mahmoud Abbas , Pope Francis

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan