Pesawat Tempur Thailand Terhempas Ketika Pertunjukan Udara

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2017 2:44 PM

GAMBAR fail bertarikh 23 Mac 2013 menunjukkan sebuah pesawat tempur F-16 milik tentera udara Thailand beraksi pada pertunjukan udara di Bangkok. - EPA

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Sebuah jet pejuang Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) 'JAS39 C Gripen' terhempas ketika pertunjukan udara untuk kanak-kanak berhampiran Lapangan Terbang Hatyai, yang mengorbankan juruterbangnya, pada Sabtu.

Menurut RTAF, insiden yang mengorbankan Ketua Skuadron, Dilokrit Pattavee, 35, berlaku pada pukul 9.27 pagi waktu tempatan (10.27 waktu Malaysia) sewaktu penerbangan pertunjukan sempena sambutan Hari Kanak-Kanak.

Orang ramai terutama ibu bapa yang membawa anak mereka menyaksikan pertunjukan udara itu, menjadi saksi kemalangan ngeri yang menyebabkan kebakaran dan asap hitam.

Lapangan terbang itu kemudian ditutup dan semua penerbangan ke situ diarahkan ke Lapangan Terbang Krabi bagi membolehkan petugas keselamatan mengalihkan bangkai pesawat dan memulakan siasatan.

Pertunjukan udara itu turut dibatalkan.

Sementara itu, Ketua RTAF, ACM Jom Rungsawang dalam kenyataannya menyatakan kesedihan terhadap kejadian berkenaan dan mengarahkan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan serta-merta.

Perdana Menteri, Jen Prayut Chan-o-cha turut menyatakan simpatinya kepada keluarga juruterbang dan RTAF.

Beliau turut meminta semua anggota RTAF dan cawangan lain dalam angkatan tentera itu untuk mengambil langkah berhati-hati pada tahap tertinggi, kata jurucakap kerajaan, Mej Jen Weerachon Sukondhapatipak.

RTAF mempunyai 16 pesawat tempur pelbagai peranan Gripen buatan Sweden dan kebanyakan pesawat satu enjin itu ditempatkan di Pangkalan Udara Surat Thani, selatan Thailand.

Selain pesawat Gripen yang juga pesawat pejuang barisan hadapan, RTAF turut mempunyai pesawat F-16 Fighting Falcon buatan Amerika Syarikat dan pesawat pejuang yang lain. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Terhempas , Thailand

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan