Pangkalan Udara Syria Diserang Roket Dari Israel - Berita Dunia | mStar

Pangkalan Udara Syria Diserang Roket Dari Israel

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2017 5:41 PM

IMEJ yang diambil oleh penduduk tempatan menunjukkan kepulan asap tebal di lokasi serangan. - Ihsan PressTV

(Ubah saiz teks)

DAMSYIK: Tentera Syria memberi amaran kepada Israel tentang akibat yang bakal diterima susulan tindakan rejim Zionis melancarkan serangan roket di sebuah pangkalan tentera udara di ibu negara negara Arab itu pada awal Jumaat.

Menurut laporan portal Al Jazeera, letupan kuat kedengaran dalam kejadian tersebut dan penduduk yang tinggal di sekitar kawasan pangkalan tersebut turut melihat kepulan asap tebal muncul dari lokasi serangan.

Rakaman amatur yang dikongsi dalam laman media juga menunjukkan kebakaran yang tercetus ekoran serangan ke atas pangkalan tentera udara Mazzeh itu.

Stesen televisyen rasmi Syria melaporkan, beberapa serangan roket dilancarkan dari kawasan berdekatan Tasik Tiberia di utara Israel yang menyasarkan kawasan pangkalan tersebut.

Pangkalan itu digunakan oleh pasukan elit Pengawal Republikan yang ditugaskan menjaga keselamatan Presiden Bashar al-Assad.

Terdahulu laporan stesen televiysen berkenaan menyebut beberapa buah ambulans dikerah ke lokasi kejadian tetapi jumlah mangsa yang cedera atau terkorban tidak dapat dipastikan.

Pangkalan itu terletak beberapa kilometer dari kediaman Presiden dan pernah digunakan oleh melancarkan serangan roket ke arah kawasan yang dikuasai kumpulan penentang.

Serangan Israel itu merupakan yang ketiga sejak kebelakangan ini.

Tags / Kata Kunci: Syria , Israel

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan