Penyampai Berita Bertekak Angkara Warna Baju

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2017 11:55 AM

SHERLOCK (tengah) memarahi rakan sepejabatnya, Snook (kiri) kerana memakai warna baju sama sebelum bersiaran langsung. - Ihsan Facebook

(Ubah saiz teks)

GARA-GARA memakai warna baju yang sama, dua penyampai berita di sebuah stesen televisyen di Amerika Syarikat (AS) bertekak sebelum bersiaran langsung.

Insiden itu berlaku pada Rabu lalu apabila penyampai berita rangkaian 9 News, Amber Sherlock mempertikaikan rakan sepejabatnya, Julie Snook dan tetamu undangan, Sandy Rea memakai baju berwarna putih sama sepertinya.

Disebabkan itu, Sherlock terus memarahi rakannya itu, untuk memakai jaket berwarna lain , sekali gus menyebabkan tetamu mereka, Rea berasa pelik.

Malah Sherlock turut meminta penerbit rancangan tersebut agar mengarahkan Snook memakai jaket kerana kesemua mereka memakai baju putih.

Namun Snook enggan berbuat demikian kerana dia tidak mempunyai masa menukar pakaian.

Sebaliknya, Sherlock terus bertegas mengarahkan rakannya itu menukar pakaian dengan menjawab:

"Saya sudah memaklumkan kepada anda dua jam lepas yang saya akan memakai baju putih," katanya.

Snook (kiri) akhirnya beralah dan memakai jaket hitam untuk mengelakkan pergaduhan yang lebih besar dengan rakannya, Sherlock (tengah).- Ihsan Facebook

Akhirnya, Snook beralah dan memakai jaket hitam untuk meredakan keadaan sebelum mereka meneruskan program tersebut.

Walaupun bertekak, kedua-dua penyampai berita itu masih mampu tersenyum sepanjang program tersebut berlangsung.

Sherlock turut mengeluarkan kenyataan memohon maaf kerana bersikap keterlaluan memaksa rakannya menukar pakaian.

Rakaman kejadian itu turut tersebar dalam laman sosial dan portal tetapi pihak yang mendedahkan video berkenaan tidak diketahui.

Tags / Kata Kunci: Amber Sherlock , Julie Snook

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan