Nickelodeon Rancang Bina Resort Dasar Laut Di Filipina

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2017 11:25 AM

Kepulauan Palawan yang dikatakan memiliki dasar laut yang tercantik di dunia menjadi pilihan Nickelodeon.

(Ubah saiz teks)

MANILA: Rangkaian televisyen kanak-kanak Amerika Syarikat (AS), Nickelodeon mengumumkan akan membina resort dasar laut dan taman tema di sebuah kepulauan terkenal di Filipina.

Naib eksekutif presiden Viacom International Media Networks yang memiliki Nickelodeon, Ron Johnson berkata, kepulauan Palawan telah dipilih untuk pembangunan kerana ia diketahui mempunyai beberapa pantai yang paling indah di dunia.

Firma disebalik kartun SpongeBob SquarePants dan Dora Explorer itu berkata, taman tema di pulau Palawan akan menjadi sebahagian pembangunan dasar laut 400 hektar.

Ia mempamerkan hidupan laut di kawasan yang akan memberi peluang kepada peminat untuk "berinteraksi dengan jenama dan ikonik watak-watak yang mereka suka".

Dalam kenyataan kepada AFP, Viacom mengumumkan perancangan pembinaan resort berkenaan yang akan dibuka pada 2020 dan dilengkapi restoran dan ruang istirahat enam meter dari bawah paras laut.

"Pembangunan tersebut akan "menyokong terhadap perlindungan laut," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, kumpulan alam sekitar Greenpeace mempertikaikan tindakan itu kerana menganggap  pembinaan taman tema itu akan memusnahkan ekosistem marin di kawasan terkenal di dunia itu.

"Adalah menyedihkan dan membimbangkan kerana taman tema yang begitu besar tidak akan menggalakkan perlindungan alam sekitar dengan pembinaan struktur bangunan," kata jurucakap Greepeace Asia Tenggara  Vince Cinches.

Dua lokasi di Palawan tersenarai tapak warisan dunia, Unesco.

Tags / Kata Kunci: Nickelodeon , Palawan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan