Permainan Disneyland Shanghai Bermasalah, Pengunjung 'Tergantung' 30 Minit

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2017 8:12 PM

Pengunjung menaiki permainan Soaring Over the Horizon di Disneyland Shanghai Disneyland sebelum ia mengalami masalah. Foto Leo Hou

(Ubah saiz teks)

SHANGHAI: Beberapa pengunjung Disneyland Shanghai dilaporkan dibiarkan 'tergantung' di udara setinggi sehingga enam tingkat selama setengah jam apabila salah satu permainan di taman tema hiburan itu mengalami masalah teknikal pada Selasa malam.

Permainan itu yang dikenali sebagai 4D-Ride ""Soaring Over the Horizon" merupakan simulator penerbangan dalaman yang menunjukkan babak-babak kawasan seluruh dunia menerusi skrin besar, dan boleh menampung sehingga 90 orang.

Laman web berita Xinmin.cn melaporkan bahawa ia bagaimanapun berhenti beroperasi pada kira-kira pukul 7.40 malam.

Ketika insiden berlaku, pengunjung berada di kerusi masing-masing yang telah dipakaikan tali pinggang keledar, dan ia akan bergerak ke udara sehingga menunjukkan mereka seolah-olah 'tergantung' di udara.

Menurut laporan, permainan itu bagaimanapun berhenti berfungsi selepas lima minit, mengakibat pengunjung 'tergantung' di udara.

Lampu di sekitar permainan terpadam dan terdapat makluman kepada pengunjung supaya diminta bersabar sehingga kakitangan dapat menyelesaikan masalah berkenaan.

Orang ramai kemudiannya dapat memanjat turun daripada permainan itu, dengan kumpulan terakhir berada di bawah pada pukul 8.18 malam.

Salah seorang pengunjung, Leo Hou yang menaiki permainan itu ketika insiden berlaku memberitahu South China Morning Post bahawa orang ramai 'tergantung' setinggi sehingga enam tinggi apabila permainan itu mengalami masalah.

Katanya, pada awalnya orang ramai tidak takut tetapi ramai yang mula terkejut betapa tinggi kedudukan mereka apabila lampu terpadam.

Permainan itu dibuka semula kepada pengunjung pada Rabu.

Disneyland Shanghai yang dibuka Jun lalu tidak memberi maklum balas pada Rabu selepas dua kali diminta untuk memberikan komen berhubung insiden menerusi email. - South China Morning Post

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan