Pertemuan Hebat Jack Ma-Trump

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2017 11:14 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Pengerusi Eksekutif Alibaba, Jack Ma menggelarkan bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebagai bijak dan berfikiran terbuka.

Kenyataan itu dikeluarkan ahli perniagaan terkemuka China itu selepas mengadakan pertemuan dengan Trump baru-baru ini.

Bakal presiden itu pula memberitahu pemberita bahawa mereka mengadakan ‘mesyuarat yang hebat’ dan akan melaksanakan perkara hebat bersama-sama.

Beliau berkata, mereka berbincang kaedah untuk menyokong perniagaan kecil khususnya di kawasan Midwest seperti petani dan pengeluar pakaian kecil-kecilan dapat menembusi pasaran China secara langsung menerusi platform Tmall milik Alibaba yang menawarkan gedung maya serta portal bayaran kepada pedagang.

Pada pertemuan itu, Ma turut membentangkan rancangan gergasi e-dagang untuk menarik penyertaan sejuta peniaga kecil negara itu.

Pertemuan itu bagi merangka perancangan untuk peniaga AS meneroka pasaran China menerusi platform online berkenaan untuk tempoh lima tahun akan datang, demikian kata seorang jurucakap Alibaba Bob Christie menerusi wawancara telefon.

"Konglomerat Alibaba Group Holding Ltd. menjangka inisiatif itu mampu mencipta sejuta peluang pekerjaan di AS apabila setiap syarikat berkenaan mengisi satu kekosongan," katanya.

Kira-kira 7,000 jenama AS termasuk pemborong Costco Wholesale Corp. dan syarikat jualan pakaian Levi’s berniaga secara online dalam Tmall Alibaba, kata jurucakap sama.

Syarikat-syarikat itu memperoleh pendapatan AS$15 bilion (RM67.12 bilion) dalam jualan kepada pengguna di China pada tahun lalu, tambahnya. 

Alibaba sebelum ini menyatakan hasrat untuk membawa lebih banyak perniagaan kecil AS menyertai laman web syarikatnya.

Bagaimanapun, ini kali pertama Ma membincangkan matlamatnya secara terperinci ketika bertemu Trump di Menara Trump, New York awal minggu ini. – Reuters




Tags / Kata Kunci: Jack Ma , Alibaba , Donald Trump

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan